Friday, November 26, 2010

Tun Datu Mustapha negarawan Suluk




PELIHARA KEHARMONIAN SEMUA KAUM PRIBUMI SABAH

Oleh: Iskandar

KOTA KINABALU; Dr Datu Mohd Akjan berkata semasa lawatan beliau ke Pejabat The New Sulu Times beliau sangat kesal dengan dakwaan beberapa pemimpin Politik yang mahu jadi Hero Sabah. Beliau mengemukakan beberapa soalan yang agak sensitive, beliau terkilan dengan apa yang tersiar di Forum Daily Ekpress baru-baru ini. Pengkiritik ini seolah-olah hanya dia saja yang ada hak di Sabah, dan mempertikai suku kaum Tausug atau Suluk dan The New Sulu Times. Dan menuduh bahawa kaum Suluk adalah Pati. Kami hanya menunggu kambing Putih ini betul-betul timbul untuk kami dakwah ke Mahkamah, dan kita buktikan siapkah Pati yang sebenar. Mungkin juga pengkritik ini buta sejarah atau pura-pura jadi buta. Kalau nak pertikai pasal soal hak kaum, kenapa kaum anda saja yang ada hak ke? Di Sabah ada beberapa etnik yang wujud termasuklah suku kaum anda. Dan dalam ordinan Jabatan Tanah pun kaum Suluk atau Tausug adalah di kelaskan sebagai kelas pertama bumiputera Sabah.

Sejarah juga membuktikan bahawa Sabah mempunyai sejarah yang panjang malah nama Sabah adalah dipetik dari perkataan orang-orang Tausug dari sepohon pokok pisang yang bernama pisang Sabbah dan juga sejarah ini bukan direka atau dicipta ianya adalah reality.

Anda tak usah pertikai hak suku kaum kami kerana ia amat sensitive semasa anda buat komen kami suku kaum Tausug merasa kecewa, tapi kami bukan pengecut dan dayus seperti anda. Walau macam manapun kami bersedia walau apa keadaan sekalipun. Mungkin kalau ada terjadi apa-apa di Sabah andalah orang pertama melarikan diri. Tapi kami bangsa Tausug sanggup korbankan nayawa demi untuk mempertahankan Negara ini dari ancaman luar, sejak dari zaman Kesultanan Sulu sampailah zaman Mat Salleh dan seterusnya Bapa Kemerdekaan Tun Datu Mustapha kaum kami yang menyelamatkan Sabah dari ancaman bahaya. Tapi kami tidak pernah pula mempertikai hak kaum orang lain, seperti kedayusan yang anda buat hari ini.

Kepada kaum Tausug dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan haustan-hasutan yang remeh temeh kekalkan keharmonian Negara ini kita anggap orang yang memberi komen ini adalah orang luar yang hanya mendabik dada yang dia sendiri tak tahu asal keturunannya. Ada kemungkinan dia cuba merampas hak bumiputera yang lain dan menafikan hak orang lain dan dia saja yang betul dan ada hak, ada kemungkinan juga dia mahu menjajah hak kaum yang lain. Saya fiki orang seperti ini terlalu sempit pemikirannya.

Bolehkah anda membuat fikrian bagaimana untuk membangun Negara ini dan memikirkan masalah social yang berleluasa bukannya memikirkan hak orang lain yang memang ada hak, anda lagi bercakap tentang Kesultanan Sulu yang bagi anda tidak mempunyai hak di Sabah anda betul? Tapi sebelum buat komen atau mahu jadi hero tu kajilah sejarah dulu…. Barulah cakap pasal orang. Kalau ilmu setakat sejangkal 2 baik diam-diamlah sahabat….


Untuk maklumat para pembaca yang budiman ini hanya sebagai komen saya saja bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Cuma kalau boleh janganlah menyentuh soal hak kaum.





Last Updated on Thursday, 05 February 2009 08:29
Carian Arkib Sabahkini

Mat Saleh seorang Suluk



MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.

Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Petikan : Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik Negeri Sabah - Negeri Di Bawah Bayu, Mohamed Roselan Abdul Malek, Oscar Book International, 1998

Muka DepanKenali SabahKonsumerNasihatDirektoriDari AndaMengenai eMasMengenai SabahDaerah di SabahPengenalanBendera & LambangDirektori KerajaanTokoh-tokohSejarah ModenPendudukKesenian & kebudayaanEkonomiAlam SekitarDaerah KudatBahagian Pantai Barat UtaraBahagian PedalamanDaerah SandakanDaerah TawauBuletin PilihanHarga BaranganTribunal TuntutanPanduan PenggunaArtikel PenggunaeMel MenteriAduan PenggunaPautanArtikelFAQBorang PertanyaanPersendirianKeibubapaanKesihatanKewanganPertanianPerundanganRemajaTeknologiWanitaSubjekNGOPerkhidmatan OnlineDiariPejabat Virtual YBUmumBersembangEduNetKerajaanHiburan/RestoranHospital/KesihatanKomuniti & EkonomiLaman PencarianPelanconganSeni & KebudayaanSukanDirektoriGalleri FotoLain-lainDatabaseNGO SabahSenarai NGOMajlis Perkhidmatan MasyarakatKota KinabaluSandakanBorang PautanPapan BuletinBorangKereta Untuk DijualMencari KerjaPengumuman Am.