


PELIHARA KEHARMONIAN SEMUA KAUM PRIBUMI SABAH
Oleh: Iskandar
KOTA KINABALU; Dr Datu Mohd Akjan berkata semasa lawatan beliau ke Pejabat The New Sulu Times beliau sangat kesal dengan dakwaan beberapa pemimpin Politik yang mahu jadi Hero Sabah. Beliau mengemukakan beberapa soalan yang agak sensitive, beliau terkilan dengan apa yang tersiar di Forum Daily Ekpress baru-baru ini. Pengkiritik ini seolah-olah hanya dia saja yang ada hak di Sabah, dan mempertikai suku kaum Tausug atau Suluk dan The New Sulu Times. Dan menuduh bahawa kaum Suluk adalah Pati. Kami hanya menunggu kambing Putih ini betul-betul timbul untuk kami dakwah ke Mahkamah, dan kita buktikan siapkah Pati yang sebenar. Mungkin juga pengkritik ini buta sejarah atau pura-pura jadi buta. Kalau nak pertikai pasal soal hak kaum, kenapa kaum anda saja yang ada hak ke? Di Sabah ada beberapa etnik yang wujud termasuklah suku kaum anda. Dan dalam ordinan Jabatan Tanah pun kaum Suluk atau Tausug adalah di kelaskan sebagai kelas pertama bumiputera Sabah.
Sejarah juga membuktikan bahawa Sabah mempunyai sejarah yang panjang malah nama Sabah adalah dipetik dari perkataan orang-orang Tausug dari sepohon pokok pisang yang bernama pisang Sabbah dan juga sejarah ini bukan direka atau dicipta ianya adalah reality.
Anda tak usah pertikai hak suku kaum kami kerana ia amat sensitive semasa anda buat komen kami suku kaum Tausug merasa kecewa, tapi kami bukan pengecut dan dayus seperti anda. Walau macam manapun kami bersedia walau apa keadaan sekalipun. Mungkin kalau ada terjadi apa-apa di Sabah andalah orang pertama melarikan diri. Tapi kami bangsa Tausug sanggup korbankan nayawa demi untuk mempertahankan Negara ini dari ancaman luar, sejak dari zaman Kesultanan Sulu sampailah zaman Mat Salleh dan seterusnya Bapa Kemerdekaan Tun Datu Mustapha kaum kami yang menyelamatkan Sabah dari ancaman bahaya. Tapi kami tidak pernah pula mempertikai hak kaum orang lain, seperti kedayusan yang anda buat hari ini.
Kepada kaum Tausug dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan haustan-hasutan yang remeh temeh kekalkan keharmonian Negara ini kita anggap orang yang memberi komen ini adalah orang luar yang hanya mendabik dada yang dia sendiri tak tahu asal keturunannya. Ada kemungkinan dia cuba merampas hak bumiputera yang lain dan menafikan hak orang lain dan dia saja yang betul dan ada hak, ada kemungkinan juga dia mahu menjajah hak kaum yang lain. Saya fiki orang seperti ini terlalu sempit pemikirannya.
Bolehkah anda membuat fikrian bagaimana untuk membangun Negara ini dan memikirkan masalah social yang berleluasa bukannya memikirkan hak orang lain yang memang ada hak, anda lagi bercakap tentang Kesultanan Sulu yang bagi anda tidak mempunyai hak di Sabah anda betul? Tapi sebelum buat komen atau mahu jadi hero tu kajilah sejarah dulu…. Barulah cakap pasal orang. Kalau ilmu setakat sejangkal 2 baik diam-diamlah sahabat….
Untuk maklumat para pembaca yang budiman ini hanya sebagai komen saya saja bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Cuma kalau boleh janganlah menyentuh soal hak kaum.
Last Updated on Thursday, 05 February 2009 08:29
Carian Arkib Sabahkini